Sunday, December 11, 2011

cutipun boring jugak?


Bila kerja kita asyik tunggu bila nak cuti. Tapi bila cuti pulak jadi bosan. Hai tak tahulah nak cakap apakan. Kalau kita bercuti kat mana-manapun takkanlah nak duduk lama-lamakan. Apa yang kita boleh buat untuk hilangkan boring? Dah macam-macam aku buat masih gak boring. Last-last landing aje. Sampai pening-pening kepala dibuatnya. Kesimpulannya aku rasa kitani secara tak sedar lebih happy kalau kerja daripada cuti. Apa pendapat korang?

Thursday, November 24, 2011

Alhamdulillah

Yes, semua tugasan sebelum bercuti dah aku selesaikan. Sampai sakit-sakit kepala menyiapkan. Apa taknya dah macam orang pejabat menghadap komputer aje kerojenye. Berkat kesabaran dan semangat yang jitu akhirnya siaplah juga pelan bagai tu. Lepas ni barulah boleh nak plan buat apa yang patut.

Friday, November 18, 2011

Cuti Akhir Tahun

Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah cuti akhir tahun. Selamat bercuti kepada semua. Minggu pertama ni kena juga ke sekolah sebab banyak benda yang perlu dibereskan. Kepada kawan-kawan semua selamat pulang ke kampung masing-masing dan berhati-hati di jalanraya.

Sunday, November 13, 2011

Seminggu lagi cuti



Minggu depan minggu terakhir persekolahan sebelum cuti panjang. Walaubagaimanapun masih banyak kerja -kerja yang perlu dibereskan. Maklum ajelah semua nak kena siapkan sebelum cuti. Tak menang tangan dibuatnya. Harap aku dapat buat yang terbaik maklumlah kadang-kadang naik bosan juga dengan kerja yang tak habis-habis.

Harini aku tergerak pulak nak ubah penampilan kereta aku. Buat perubahan sikit aje. Tak tahulah kenapa aku tergerak nak buat camtu. Kalau yang biasa tengok kereta aku mungkin perasan.

Harini jugak aku upah orang mesin rumput kat rumah aku yang dah memanjang. Nampak sangat sibuknya jadi cikgu sampai takde masa nak mesin rumput rumah sendiri. Tak tahulah penat apa jadi cikgu ni. Aku tengok jiran-jiran aku sempat aje lak. Jawapannya orang lain hari Sabtu cuti tapi kita asyik kerja. Betul tak.

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha atau yang femes disebut hari raya haji kepada semua kenalan. Tak kiralah di mana anda berada. Balik kg ke? Kalau balik berhati-hati di jalanraya dan smoga selamat sampai ke destinasi. Yang tak ke mana-mana tu janganlah bersedih pulak. Semoga gembira bersama yang tersayang. Akupun balik kg gak. Best sebab cutipun agak panjang. InsyaAllah pulang semula ke Ampang Isnin nanti. Nak ambil kesempatan ni memohon ampun dan maaf kepada semua yang mungkin aku pernah buat salah atau merasa kecil hati dengan tutur kata atau perbuatan aku. Maklumlah kita ni manusia biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Monday, October 24, 2011

Yes ..cuti

Alhamdulillah akhirnya dapat juga merehatkan otak dan badan. Cuti sempena Deepavali ni dapatlah balik kampung dan buat apa yang patut. Terutama sekali nak tengok mak dan ayah. Kedua nak kemaskan belakang rumah yang dah naik semak sampai pokok yang aku tanam dah tertutup. Hidup lagi ke tidak pokok-pokok tu agaknya. Ketiga bolehlah aku relax-relax kat rumah. Yang pasti Sabtu dan Ahad kena ke PD sebab hari keluarga JKR. Lepas tu terus balik ke KL semula. Full cuti dengan pelbagai aktiviti. Kesimpulannya cutipun memenatkan. Yang paling baik bagi aku kalau cuti dok aje kat rumah. Barulah cuti namanya. Landing ... Lagi bestkan.

Friday, October 21, 2011

Baru dapat berehat sikit

Hari ni rasa best sikit sebab esok Sabtu cuti. Dapatlah aku rehat kat rumah atau buat apa-apa yang patut. Sebelum ni tiap Sabtu ada aje hal kena gi sekolah, kursus dll. Ahad ni ada Hari Mesra Niaga kat sekolah aku. Dari 8 pagi sampai 5 petang. Nasiblah aku kena jaga bahagian gerai aje taklah penat sangat asyik nak jaga gerai. Tahun lepas aku berniaga air bancuh. Kalau ada kelapangan jemputlah datang ke SK Pandan Indah. Nampaknya sambutan disaat-saat akhir amat menggalakkan daripada peniaga-peniaga. Muridpun ramai jugaklah yang sibuk membeli kupon harini. Jangan hujan berpanjangan hari tu nanti sudah. Maklumlah sekarang ni musim hujan kan. Oh ya kalau sesiapa nak membeli tudung, aksesori wanita dll jemputlah ke gerai adik sayanyang turut berniaga nanti. Tolong promote aje. Kalau nak tahu barangan yang dia jual boleh cek kat Fb Pubbet Collections. Esok kalau tak hujan nak joging kata Taman Tasik Ampang dengan kayuh basikal. Hari Selasa nak balik Tampin sampai buka sekolah. Dah lama tak balik. Sebelum tu kena pergi Hari Keluarga wife kat Tiara Beach Resot. Malas nal pergi sebenarnya tapi sebab anak-anak teruja sangat nak pergi ikut ajelah. Nanti orang sibuk tanya pulak suami mana? Oklah kepada semua selamat becuti sempena Deepavali. Jangan lupa siapkan kerja. Cuti cuti jugak kerja kena siap.

Monday, October 10, 2011

alhamdulillah


Alhamdulillah anak sulung dah selamat menduduki peperiksaan PMR. Hari ni hari terakhir. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Semoga akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Anak yang ambik pereksa kita yang risau lebih. Itulah naluri ibu bapa yang inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Selepas ni berdoa dan bertawakal sahaja kepada Allah. Kepada rakan-rakan yang lain yang sama-sama anaknya ambik PMR tahun ni sama-samalah kita berdoa ya.

Friday, September 30, 2011

warna warni hari raya



Raya tahun ni tak ada warna sedondon dah. Masing-masing ikut kepala sendiri. Inilah hasilnya. Semua warna ada. Nasiblah warna baju aku dengan orang rumah ada sikit-sikit match. Yang lain out.

Wednesday, September 21, 2011

Relax sakan

Haha UPSR dah selesai. Bermakna guru-guru tahun 6 bolehlah rehatkan fizikal dan minda sekejap. Harap-harap tahun ni peratus meningkat. Kedatangan murid-muridpun teruk sangat. Ramai yang cuti @ pontenglah tu.

Saturday, September 17, 2011

Alhamdulillah mak dah beransur sembuh.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subhanawataala kerana emak beransur sembuh dan sihat. Petang Jumaat yang lepas mak dah boleh keluar hospital. Terima kasih kepada adik-adik semua kerana kita bersama-sama berkongsi saat sukar dan senang bersama- sama. Alhamdulillah berkat doa kita semua semuanya berjalan dengan lancar. Semoga mak akan sembuh macam biasa. Terasa sangat besarnya pengorbanan seorang ibu mengandung dan melahirkan kita. Tanpa ibu dan ayah kita takkkan dapat menghirup udara seperti sekarang. Terima kasih kepada emak dan ayah yang telah melahirkan kesepuluh orang kami dan mendidik kami semua sehingga menjadi manusia yang berguna. Pengorbanan mak dan ayah akan kami kenang sehingga kami menutup mata nanti. Semoga bila kita semua mati nanti kita akan terus bersama di syurga. Terima kasih mak..ayah.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin kepada semua yang mengunjungi blog saya. Lama dah tak update blog ni. Ramai ke yang buat rumah terbuka? Jangan lupa jemput saya ya. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan dan bulan Syawal ni. Ada yang sedih ada yang gembira. Raya tahun ni kami kehilangan sesupu lelaki kerana sakit buah pinggang. Tak lupa anak yang ke 3 ambil UPSR tahun ni. Sekarang berada di Hospital Besar Melaka tunngu mak tengah operate. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Sunday, August 7, 2011

gabra sekejap

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku buka blog akuni selepas berkali-kali aku cuba sign in. Adalah silap kat mana-mana tu. Agak lama juga aku tak update. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kawan-kawan dan selamat bertarawih.

Saturday, June 11, 2011

Last Minute

Harini aku cuba pulun habis kerja-kerja yang masih berbaki. Kerja sekolah dan kerja rumah. Tapi masih tak dapat jugak nak settle. Esok harap-harap dapat siap semua semoga aku dapat menghadapi hari Isnin dengan tenang. Tulah kan selagi kita bernafas selagi tulah kerja-kerja mengejar kita. Kalau tak ada kerja boring pulakkan. Anggaplah kerja itu ibadah. Pahalapun dapat. Betul tak?
Minggu depan bermulalah semula rutin harian aku yang seperti biasa. Kadang-kadang membosankan jugak. Tapi apa nak buat nak tak nak mesti buat jugak. Kalau tak lumpuhlah sistem kekeluargaan aku. Yang paling sedih anak aku yang paling bongsu mesti liat nak bangun pagi sebab kena pergi nursery semula selepas dua minggu duduk di rumah. Termasuklah dengan empat orang anak aku yang lain dan termasuklah aku sekali.
Aku rasa orang lainpun macam aku jugak. Malah mungkin ada yang lebih teruk lagi.So pendek cerita mesti kuatkan semangat dan anggaplah ada orang yang lebih payah daripada kita. Hidup mesti diteruskan walau apapun yang terjadi.


Wednesday, June 8, 2011

Apa nak jadi manusia zaman sekarang.

Hari ni aku nak cerita pasal kes di bawah. Cerita ni aku ambil daripada blog yang aku follow. Korang baca dan fikir bagaimana seorang ibu yang juga seorang ustazah. Tak tahu ustazah sekolah biasa atau sekolah agama oleh kerana sayang sangat pada suami barunya sanggup membiarkan anak dara sendiri di rogol. Korang fikirlah ilmu apa yang dia belajar. Dont judge the book by its cover. Walaupun bukan semua tapi dah ada dah.



[HM] AMPANG: Ibu kandung dan bapa tiri seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dijadikan hamba seks bapa tirinya itu sejak Mac lalu di rumah ditahan untuk siasatan lanjut, kelmarin.

Lebih malang, siasatan awal polis mendapati ketika perbuatan terkutuk itu dilakukan, ibu kandung mangsa yang berusia 30-an ada di rumah, tetapi tidak melakukan sesuatu bagi menghalang perbuatan terkutuk suaminya itu.

Difahamkan, ibu mangsa yang juga seorang ustazah hanya mampu mendiamkan diri kerana takut dia ditinggalkan suaminya itu.

Pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah rumah di Kajang, kira-kira jam 8 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan.

Thursday, June 2, 2011

malasnya aku


Ye dah cuti. Ngalahkan budak sekolah lak. Takpe nikan cikgu sekolah. Selamat bercuti kepada semua cikgu kat luar sana. Cuti kali ni dapat balik kg dua hari je. Apa taknya ada tiusyen kat sekolah. Tapi nasib baik kena datang sehari je. Cerita macam kena datang tiap-tiap harikan. Yang penatnya asyik kena hantar anak seminar dan tiusyen aje. Pagi malam. Dah merungut lak aku. Tak baikkan. Macam wife aku kata dah anak ramai. Padan muka aku kan.
Korang mesti sibuk pergi bercuti tapi aku duduk kat rumah aje. Wife kerja. Mgu depan aku suruh dia ambik cuti. Pergilah mana-mana. Aku tgh sibuk mesin rumput. First time pakai mesin menatang tu. Lepas mesin lenguh-lenguh tangan aku cakap. Dah berentipun tulang tangan macam bergetar. Siap kena taruk minyak panas lagi. Bila wife balik aku mengadulah. Biasalah aku kan manja denga wife. Dia kata tak payahlah buat bang. (suara pompuan bercakap) Upah aje orang. Tapi bila pikir balik nak kuarkan RM 150 sekali mesin biar aku yang buat sendirikan. Lambatpun lambatlah. Cutipun lama lagi. Sampai Ahad ni aku target siaplah.

Saturday, May 14, 2011

Muhyiddin Bakal Umum Khabar Gembira

Muhyiddin Bakal Umum Khabar Gembira

Selamat Hari Guru

Muhyiddin Bakal Umum Khabar Gembira
Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua kawan-kawan kat facebook, blog dan lain-lain. Hari Isnin ni juga akan diadakan sambutan di peringkat sekolah aku. Aku kena jaga bab sambutan. Siap dengan bunga manggar dan bunga rampai lagi. Kompang aje takde. Tak sempat nak latih. Harini tadi ada LADAP sampailah pukul 3 petang. Dengarnya ada berita gembira untuk kaum guru tahun ni daripada Timbalan PM kita. Sama-sama kita tunggu ya.

Saturday, May 7, 2011

Panglima 7: Imam Mahdi, Dajjal : Kitalah Umat Akhir Zaman Yang...

Panglima 7: Imam Mahdi, Dajjal : Kitalah Umat Akhir Zaman Yang...: "Assalamualaikum Wbr.... Menanti Kemunculan Imam Mahdi. Untuk menjadi pengikut Imam Mahdi....kena persiapkan diri dari sekarang. Siapa y..."

Tuesday, May 3, 2011

pemantauan

Semenjak hari Sabtu lagi aku dapat mesej tentang pemantauan oleh pegawai-pegawai JPS. Cutipun tak senang hati. Nak datang-datanglah. Tak payah nak bagi tahu. Kalau bagitahu sure semua perfectkan. Malas aku nak ulas benda ni. Bagi aku tak payahlah nak sibuk-sibuk cek kerja orang. Selagi semua orang bekerja kerana Allah mesti ikut landasan yang betul. Lainlah yang buat kerja ada udang di sebalik batu. Sebagai manusia kita mesti ada kelemahan dan ada melakukan kesalahan. Aku pasrah aje apa yang nak jadi. Tak larat nak ikut orang lain. Senang aje kalau aku tak betul tegurlah dengan cara yang baik. Jangan asyik nampak kesalahan orang. Jaga tepi kain sendiri.
Harini terpaksa balik lambat sebab kena kemaskini fail. Oklah tu aku rasa. Tak laratdah.

Thursday, April 28, 2011

kecilnya dunia ni

Korang mesti tertanya -tanya apa maksud entri aku ni. Cuba korang bayangkan. Hamba Allah yang sering diperkata-katakan sejak tahun lepas lagitu ada lah sepupu adik ipar aku. Patutlah depa ni dari negeri yang sama. K .....H. Haruskah aku ceritakan latar belakangnya kepada adik aku supaya dia tidak terkena macam orang lain? Kesian kat empunya diripun ada. Takut nanti cerita tersebar kat adik ipar apa pulak kata dia. So aku rasa lebih baik aku simpan dulu. Tak baik kan menceritakan keaiban orang. Kawan-kawan aku siap tergelak besar dengar cerita aku. Rupa-rupanya ada kena-mengena dengan aku walaupun sebelah adik ipar. Siap ada yang dah panggil saudara kau tu ha. Ok lah akupun nak solat dah. Lepas ni nak hantar anak tiusyen lak. Jumpa lagi.

Saturday, April 16, 2011

BIL AIR

Malam semalam lepas hantar anak tiusyen aku terus balik kampung. Nak ambil komputer punya pasal. Bila dah sampai terus cek bil -bil yang ada dalam peti surat. Bil air aku RM 162.00. Ni mesti wife aku lupa nak tutup meter masa dia balik dua minggu lepas. Sebab aku syak paip aku bocor. Tak pasal-pasal bulan ni aku kena keluar duit lagi.
Sempat jugak aku pergi rumah mak dan ayah. Rindu dengan mak dan ayah terlerai sudah. Dapat jugak makan nasi dan lauk yang mak masak. Siap bagi bekal lagi. Lepas Asar aku terus balik ke Ampang. Penat kan. Kertas jawapan budak tak cek lagini. Dah janji nak bagi hari Isnin. Nak tak nak terpaksa jugak siapkan. Kalau tak mesti anak murid tak respect dah.

Thursday, April 7, 2011

macam-macam cerita

Hari ni kereta aku kena tahan. Jangan terperanjat pulak. Bukan kena tahan dengan polis tapi dua orang kawan baik aku. Bila aku masuk perkarangan sekolah tiba-tiba dua orang ni ada berita sensasi nak cakap. Kantin sekolah aku kena tutup sebab ada keracunan makanan. Hai terperanjat jugak. Bila masuk kelas ada murid yang mengadu itu dan ini. Tak berani nak komen. Kepada yang berkenaan belajarlah daripada kesilapan. Kalau ada yang menegurtu bukan nak kondem tapi ke arah kebaikan. Inilah akibatnya kalau rasa diri sendiri aje yang betul. Semalam aku baru post pasal restoran kotor. Tak sangka pulak harini cerita yang lebih kurang sama. Kebetulan.

Wednesday, April 6, 2011

Kakkoii-me: Berhati-hati dengan air tin!

Kakkoii-me: Berhati-hati dengan air tin!: "Salam sejahtera Kakkoiis sekalian. Tahukah Kakkoiis bahawa minuman dalam tin sebenarnya berbahaya kepada kita? 'Apa yang bahayanya?' Bac..."

Kakkoii-me: Berhati-hati dengan air tin!

Kakkoii-me: Berhati-hati dengan air tin!: "Salam sejahtera Kakkoiis sekalian. Tahukah Kakkoiis bahawa minuman dalam tin sebenarnya berbahaya kepada kita? 'Apa yang bahayanya?' Bac..."

myMetro | Otak kurang oksigen

myMetro | Otak kurang oksigen

Al Fatihah. Kesiankan. Akhirnya penderitaan budak tu bertarung dengan nyawa berakhir. Dia pergi mengikut arwah ibunya. Baru tujuh tahun melihat dunia. Allah lebih menyayangi dia. Tapi pemergiannya penuh trajis. Nak cakap apa. Bagi cikgu tu tak tahulah apa hukumannya selepas ni. Di mana perginya sifat kemanusiaan guru tu? Inilah apa yang orang kata bila nafsu menguasai akal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Saturday, April 2, 2011

myMetroPelajar dipukul hampir dua jam

myMetroPelajar dipukul hampir dua jam

Kesiankan bila baca berita ni. Baru umur 7 tahun. Ingatkan dah sekolah menengah. Apalah besarnya kesalahan budak ni sampai di pukul sehingga 2 jam. Memang patut cikgutu kena hukuman lepas ni. Cuba bayangkan anak kita yang kena. Semoga berita ini menjadi iktibar kepada kita semua. Yalah cikgu macam saya ni. Beringat sebelum kena.

Friday, April 1, 2011

HARGA MINYAK RON 97 NAIK LAGI- BERKUATKUASA 2/4/2011

Bila baca entrini tentu semua orang mengeluh. Terutama yang pakai ron 97. Yang guna ron 95 macam akuni berlapang dadalah. Apa nak jadi ni. Harga barang semua dah naik. Gaji kita aje yang tak naik-naik. Tak tahulah lepas ni apa lagi yang nak naik.
Teringat aku kira-kira dua tahun lepas. Aku gigih guna NGV sebab tak tahan dengan harga minyak yang naik mendadak. Tension.
Mak aku punyalah risau takut kereta aku meletup. Aku kata mak jangan risau sebab aku pasang kat tempat yang bertauliah. Siap ada sijil dan pengesahan JPJ lagi. Memang jimat. Balik kampung tak sampai RM 10. Tapi kenalah keluar RM 5000 dulu. Nak pasang NGV tu. Bila kira-kira balik dah pulang ke modal aku dulu? Ah, tak apa janji ntak tension tiap hari.

aku ditinggalkan

Dengar tajuk macam sedih aje. Ceritanya macam ni. Semalam pak mertua ngan kakak ipar datang ke rumah. Adalah ceritanya tu. Malas nak ambik tahu. Harini gigih pulak isteri aku ni antar pak mertua dan kakak ipar balik. Bukan dekat, balik Melaka. Kata dah ambik cuti sampai hari Selasa. So akulah yang kena uruskan anak-anak kat rumah ni. Sekolah, tiusyen dll. Apa nak kata. Dah nasib badan. Wife aku ni kalau pasal keluarga memang dia ambik berat sangat. Tak boleh aku nak larang. Sanggup berabis pasal keluarga. Kadang-kadang jeles, kadang-kadang bangga pun ada. Kadang-kadang geram pulak. Tapi dialah segala-galanya bagi aku. Takpelah, biarlah dia berjasa pada keluarga sementara orang tua masih ada. Nanti menyesal pulakkan.
Yang anak aku second last ngan yang last ikut balik pulak. So perlu ke aku balik esok ambik dia orang. Minggu lepas baru balik. Buang duit aje. Tengoklah esok mood aku. Esok anak sulung ngan nombor empat ada tiusyen pulak. Kalau nak balikpun sebelah petang. Habis masa kat jalan aje. Tengoklah esokk...

Sunday, March 27, 2011

makan nasi minyak

Assalammualaikum. Hari ni aku dan famili makan nasi minyak di dua tempat. Pertama di majlis perkahwinan anak sulung GPK Ko-Ku Pn. Faridah Ahmad. Meriah sungguh majlis yang diadakan di Dewan Taman Tasik Ampang Hilir tu. Yang ke dua di rumah jiran yang berdekatan dengan rumah aku. Tema majlis dalam taman. Seronok dapat menghadiri dua tema yang berbeza. Nanti kalau anak aku kahwin tema apa lak ya. Buat kat dewan ke kat rumah. Mana lebih jimat. Sepuluh tahun lagi mestilah belanja lagi besar. Apa pendapat korang dengan stail sekarang ramai yang buat majlis di dewan? Rasanya lebih jimat. Kalau hujan ributpun selamat tak kena hujan dan panas. Rumahpun bersih. Balik rumah boleh rehat. Betul tak? Jadi tepuk dada tanya selera.

Saturday, March 19, 2011

mana lagi bagus, beli lauk ke masak sendiri

Dalam cuti seminggu ni aku rajin pulak memasak. Bukan apa dah muak asyik makan lauk beli. Kadang-kadang anakpun tak nak makan. Jadi aku rasa lebih baik masak aje. Minggu lepas aku pergi pasar Pudu dengan wife beli sayur dll. Berseleralah balik anak-anak nak makan. Semua kata aku masak sedap. Betul ke? So maknanya masak sendiri lagi berbaloi sebab semua habis dimakan. Maknanya aku kena masak tiap-tiap harilah. Oh ,tidak ! Aku ada masa ke nak memasak lepas ni. Apa pendapat korang?

Tuesday, March 15, 2011

Update balik

Assalam. Tetiba pulak teringat nak update blog aku nie. Jeles tengok blog kengkawan yang mengancam. Akunya aje yang still macam dulu. Apa nak buat sibuk memanjang. Masa 24jam tapi bagi aku macam 10 jam aje. Pagi petang siang malam berputar ligat macam gasing. Nasib baik gak musim cuti sekolah. Ada gak masa untuk diri sendiri.

Thursday, January 20, 2011

TIBA-TIBA TERINGAT NAK UPDATE BLOG

Tetiba lak aku teringat nak update blog aku lepas tengok blog ben ashaari dan nadia bayu. Best kalau dapat sponsor nuff nang. Tapi siapalah yang nak baca blog aku yang buruk ni. Jeles dengan mama ijat sebab rajin update tak macam aku ni. Semenjak dok kl ni jadi malas lak. Mungkin sebab perubahan tempat. Yalah kat Tampin mana ada jem mcm kat sini. Letih kat jalan aje. Oklah esok nak kerja. Selamat malam semua.