Wednesday, July 28, 2010

BARU DAPAT UPDATE

Harini baru dapat update. Semenjak minggu lepas asyik sakit kepala. Sampailah harini tak baik lagi. Takut nak gi hospital. Takut darah tinggi lak. Yalah melayan kerenah anak murid yang tak reti bahasa. Esok dah hari Jumaat.

Tuesday, July 20, 2010

medical check up

Harini mengajar sampai 9.30 aje sebab nak bawak anak sulung ke HKL cek tangan yang patah 3 minggu lepas. Ingatkan harini boleh bukak simen tapi kena sambung pakai lagi 3 minggu. Kepada yang tolong relief kelas tarima kasih ya. CRK tinggal 2 hari aje lagi. Kena simpan kot nak pakai raya nanti atau masa kecemasan. Harini tak ada kelas malam so bolehlah relax sikit.

Sunday, July 18, 2010

Hari Ahad Yang ....

Hari ini aku ada kelas tambahan sampai pukul 12.30 tgh. Oklahkan berbakti kepada anak didik yang tercinta. Kalau keputusan UPSR meningkat tahun ni bolehlah aku tumpang gembira. Balik rumah terus makan sebab pagi dapat makan roti ngan air kotak aje. Petang tidur aje. Ingat nak gi jogging tapi tak dapat sebab hujan. Biasalah KL tiap-tiap petang hujan. Malamni sempat gi TESCO ambik spek baru. Balik terus buka fb. Ingat blog pulak tak update. Masa sentiasa mencemburui kita. Esok dah kerja balik. Jumaat depan harap dapat balik Tampin.

Wednesday, July 14, 2010

sama cerita

Semalam ada kelas malam. Harini aku duduk kat rumah relax aje. Petang pulak hujan, sedaplah membuta. Masa rehat tadi dengar ada program baru kat sekolah. Tunggu dan dengar ajelah perkembangan terbaru.

Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia

Akhirnya Sepanyol jadi juara. Betullah ramalan si Paul sotong kurita tu. Aku taklah fanatik sangat dengan bola ni tapi ikut sikit-sikit adalah. Eloklah, lepas ni tak payahlah nak berjaga lagi. Hari ni kerja macam biasa. Rutin biasa aje. Kadang-kadang rasa jemu gak. Tapi apa nak buat telan ajelah.

Friday, July 9, 2010

LEGAAAAA

Alhamdulillah, harini semua berjalan dengan lancar. Hari Tanda Kasih Sayang hanya empat parent yang tak datang. Seronok dapat jumpa parent anak murid. Dapat menyampaikan apa yang selama ini tersimpan dan terpendam. Harap lepasni adalah perubahan pada anak murid. Semoga bertambah matang, pandai, mendengar kata dan rajin belajar. Gembira juga sebab anak sulung dapat nombor satu dalam kelas , 5A - 2B - 1C. Semoga terus berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Aku dah ada di Tampin. Esok nak jenguk mak dan ayah.

Thursday, July 8, 2010

ESOK HARI TERBUKA

Esok hari terbuka sekolah aku. Semua dah siap. Hanya menunggu kedatangan ibu bapa, penjaga aje. Harap semua berjalan lancar. Esok rasanya nak balai ke Tampin. Dah 2 minggu tak jenguk rumah dan orang tua. Baiklah Ahad ni bukan turn kelas tambahan. Malam ni kena tidur awal sebab esok nak bangun awal. Maklumlah nak menyambut tetamu. Selamat malam. Semoga semua dibuai mimpi yang indah-indah.

Tuesday, July 6, 2010

HARI INI DAN SEMALAM

HARI INI WAKTU BALIK HUJAN TURUN LEBAT.OKLAH , DAH LAMA TAK HUJAN. SEJUK SIKIT. SEMPAT BELI LAUK. SEMALAM ADA KELAS TAMBAHAN. PAGI-PAGI LAGI AKU DAH BANGUN SIAPKAN BUKU ADAB. PAGI SEBELUM REHAT DAH BAGI KAT PK 1, PN. HAMIDAH. LEGA SIKIT SEMUA KERJA DAH SELESAI. HARI INI WIFE TAK KERJA. SYOKLAH SIKIT SEBAB DIA ADA.

Monday, July 5, 2010

semalam tak sempat nak update

Alhamdulillah, harini baru dapat update. Semalam tak dapat update sebab kredit expired. Hari ni macam biasalah pergi sekolah macam biasa. Perhimpunan macam biasa. Harini sibuk siapkan buku Adab sebab hari Jumaat hari terbuka. Baru 70% siap. Esok nak bawa anak sulung yang patah tangan ke HKL untuk rawatan susulan. Lepas tu nak ke sekolah anak kedua pulak untuk menyain kad laporan. Tak tahu lagi nak cuti ke, mc ke atau apa. Semuanya bergantung pada keadaan. Yang pasti CRK tinggal 5 hari aje.

Saturday, July 3, 2010

HARI SABTU - 3 Julai 2010

Harini aku ada kat Ampang. Tak dapat nak balik Tampin sebab esok, Ahad ada kelas tambahan. Harini orang rumah masak ikan keli masak cili padi. Semua orang makan bertambah-tambah. Aku tolong orang rumah basuh baju ngan basuh kasut. Lepastu sempatlak basuh kereta. Petang tadi lepas Asar aku dan anak-anak sempat pergi Tesco beli printer. Balik terus install. Oklah tak payah lagi pakai printer sekolah. Senang sikit buat kerja. Masa ni semua tengah tengok bola German lawan Argentina. Satu dunia demam bola. Agak-agak pasukan mana juara nanti.

Friday, July 2, 2010

TAK TAHU NAK TULIS APA TAPI KENA JUGA

Hari ini aku ke sekolah agak lambat sikit. Tak tahulah kenapa. Bangun cepat macam biasa. Di sekolah ada benda nak ke settle. Tapi tak boleh nak cerita. Yang dengar cerita aje tahu. Inilah lumrah menjadi cikgu. Tak apalah, inilah dugaan namanya. Hari ini aku bawa anak bongsu jalan kat Desa Pandan. Tengok dia boring asyik duduk rumah. Hampir pukul 6 ptg baru balik. Esok ingat nak gi jogging kat Taman Tasik Ampang. Siapa nak join bolehlah ikut serta. Hari Ahad ada perasmian Kelas Tambahan oleh Datuk Ong Tee Kiat. Lepas perasmian kena mengajar pulak. Tapi tak apa masyuklah sikit.

Thursday, July 1, 2010

Apa khabar semua?

Harini ada kelas tambahan ganti cuti haritu. Sampai rumah dalam pukul 11.00 malam. Malam baru dapat bukak internet. Siang-siang malas nak berebut dengan anak-anak. Hari ni cerita sedih sikit. Tangan kiri anak sulung aku patah masa main bola kat sekolah pagi tadi. Baiklah wife tak kerja hari ni. So , dia yang uruskan semua sampai siap simen. Biasalahkan, mungkin tempias piala dunia. Tengah hari tadi ada mesyuarat pasal kelas tambahan hari Ahad. Aku antara tenaga pengajarnya. Nampaknya sushlah nak balik kampung selepas ni.