Tuesday, June 29, 2010

BARU HARINI DAPAT UPDATE

Alhamdulillah, akhirnya harini dapat jugak update blog. Beberapa hari sebelumni internet slow sangat. Harini baru ok. Hari-hari lepas macam biasalah pergi sekolah mengajar. Harini aku ada kelas tambahan. Balik dari kelas terus ke MC D isi perut dulu. Pukul sebelas malam baru sampai kat rumah. Hari ni orang rumah tak kerja. Dia kemas rumah. Habis satu rumah beralih perabot. Pening gak tengok mula-mula. Rumput yang panjang kat luarpun dah ada orang mesin. Esok siaplah. Orang rumah tak harap aku buat sangat sebab dia tahu aku penat. Terima kasih kerana dia tak banyak cerita. Cuma aku kena tambah 20 hinggit nak cukupkan RM 120.00 upah mesin rumput. Oklah kan. Kalau nak mesin keliling rumah sorang tak tahu bila nak siap. Esok apa cerita tak tahulah lagi.

Saturday, June 26, 2010

Islamic Web Clock Widgets - Analog and Digital Clocks for Your Blogs with Time Zone Settings

Islamic Web Clock Widgets - Analog and Digital Clocks for Your Blogs with Time Zone Settings

Dah ada kat Tampin

Harini lepas balik ko ku aku siap-siap terus balik Tampin. Orang rumah dengan empat anak lagi balik dulu. Aku ngan anak sulung balik kemudian. Sampai kat Tampin makan dulu. Lapar sebab tak sempat makan tengah hari. Pekena mee goreng mamak dengan carrot susu. Lepas tu orang rumah suruh hantar kain ela kat Ring-Ring kedai jahit dia kat Tampin tu. Nak tempah baju raya anak. Lepas tu dia orang terus balik Tebong. Punyalah sibuk. Aku apa lagi kemas rumahlah luar dalam dan bagi makan ikan. Dah seminggu katakan. Ko ku kat sekolah harini punyalah penat. Ahli BKGDK yang tolong berniagapun tak ramai. Baiklah ada MILLA, FLORA, KAK JUN, SHAFAWATI,TENGKU, CIKGU HAMDAN , AZRAI dan beberapa orang lagi yang tolong. Kalutak tak tahulah apajadi. Esok petang balik ke Ampang semula. Oklah kan . Nak buat macam mana. Inilah rencah kehidupan namanya. Yang penting HAPPY.

Tuesday, June 22, 2010

HARINI BARU DAPAT UPDATE- DAH SEMINGGU

Punyalah sibuk. Baru harini dapat update. Nipun kat MC D Desa Pandan. Lepas kelas tambahan tadi aku terus ke sini. Harini perut tak sedap asyik ke tandas aje. Kira alas perutlah ni. Semenjak Isnin aku kena siapkan menanda kertas pereksa yang tak siap-siap. Baru harini lega sikit. Lepas cutini hilang sakit-sakit badan. Apa taknya masa cuti asyik melentang aje. Tak keluar peluh. Lepas tu dua kali pulang balik Tampin. Pergi PD lagi. Mana tak penat. Pak Kak Ruhizat terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni. I love you.

Tuesday, June 15, 2010

SEMALAM YANG MEMBOSANKAN

Semalam aku tak sempat nak update. Aku masih di Tampin bersama 3 orang anak aku iaitu Fauzan, Iklil dan Waldan. Thari kami makan kat kedai aje. Lepas makan balik tidur. Malam kami makan kat KFC pulak. Mungkin Khamis aku balik ke Ampang. Banyak kerja yang tak siap lagi. Anak aku Alia dah ada kat kampung orang rumah ikut datuk dia balik. Anak aku yang sulung ada kat rumah mak aku di Pantai Belimbing. Hanya wife tinggal kat Ampang. Bersepah-sepah keluarga aku cuti ni. Tak kesahlah , dah selalu macamtu nak buat macam mana masing-masing sibuk.

Monday, June 14, 2010

CHECK OUT

Harini hari terakhir kami kat PD. Seperti biasa pagi-pagi lagi anak-anak dan anak-anak buah dah pergi mandi kolam. Ada yang tak sempat sarapan lagi. Biasalah lepas bangun cari makanan dulu. Lepas tu duduk borak-borak. Lepas mandi terus packing barang-barang masuk kereta. Sebelum balik sempat ambik gambar lagi kat tepi kolam. Kira-kira pukul 12.00 tgh. kami bergerak ke destinasi masing-masing. Aku tak terus balik Ampang. Tidur kat rumah Tampin dulu. Terima kasih kepada adik-adikku yang tersayang yang menanggung segala perbelanjaan penginapan dan makanan. Semoga murah rezeki. Sayang semua.

Saturday, June 12, 2010

HARI KEDUA DI PD

Harini hari kedua kami di PD. Lepas bangun pagi tadi kami pergi ke pantai mandi laut. Best gak. Dapat naik kayak lagi. Sambiltu sempat kutip batu karang dan kulit kerang. Lama gak di sana sampai muka naik hitam. Lepas tu mandi kat kolam pulak. Lepas mandi makan. Petang ni ada program lagi. Tunggu....

pd here i come

Pukul 4.oo petang semalam aku dan anak-anak dah sampai kat Desa Lagoon. Check In kat Apartmen 110. Dah 7 tahun tak datang sini tapi tak banyak yang berubah. Gembira sangat sebab dapat cuti bersama keluarga. Anak-anak tak sabar nak mandi kat kolam. Yang kesiannya anak aku yang bongsu mula-mula teruja sangat nak mandi. Bila tertelan air sikit langsung takut nak mandidah. Harini ada banyak program. Yang pastinya makan dan minum program yang utama. Isteri dan anak ke dua aku mesti jealous sebab tak dapat ikut sama.

Friday, June 11, 2010

HARI INI FAMILY REUNION

Harini aku dan family " wife ngan anak ke -2 tak ikut sama " akan ke PD. Harini bermulalah family reunion kita orang. Susah gak nak kumpulkan semua orang sebab ada yang dah ada program yang tak dapat dielakkan. Tapi tak apalah adik beradik akukan ramai. Ada sepuluh orang. Kalu tak ada dua ada lapan lagi. Tu tak termasuk ipar dan anak buah lagi. Kita oraitlah tu. So, jumpa di sana kul 3.00 petang nanti.

Thursday, June 10, 2010

HARI YANG MEMBOSANKAN

Harini aku duduk rumah aje. Tak ada apa yang interesting harini. So aku membuta ajelah. Bangun makan tidur balik. Esok aku balik ke Tampin. Ada Family Gathering kat PD dari Sabtu sampai Isnin. Yang boringnya wife tak dapat ikut sebab kena siapkan kerja dia. Terpaksalah aku pergi dengan anak-anak aje. Mak aku tentu kecik hati. Tapi aku harap dia memahami. Adik aku Sidah dengan Ayupun tak tahu lagi dapat pergi ke tidak. harap dia orang dapat pergi sama. Barulah meriah nanti. So jumpa di sana semua.

Wednesday, June 9, 2010

PTK TAK MENJADI

Tak tahulah kenapa tiba-tiba aku macam tak bersemangat nak pergi PTK harini. Selalunya yang lepas-lepas bersemangat walaupun tak ada persediaan. Aku ambik keputusan tak ambik PTK tahun ni. Sure kena finalti. Tahun depan tak boleh ambik. Tahun 2012 baru boleh ambil. Tak apalah. Aku rasa kalau aku ambikpun sure dapat 3/3 lagi.

Tuesday, June 8, 2010

Dah selamat sampai.

Sebelum Maghrib tadi aku dan anak-anak selamat sampai di rumah. Kat rumah ada Pak Mertua ngan anak buah sebelah isteri. Lepas Maghrib diorang pergi rumah abang iparku Anwar. Lepas mandi aku terus pergi Mc D kat Desa Pandan sebab perut rasa lapar lak. Sambiltu boleh bukak laptop layari fb dan update blog aku. Orang tak ramai harini.

Monday, June 7, 2010

PTK

Esok ada PTK. Terpaksa balik ke Ampang harini. Kalini boleh lulus ke tak. Hai, tuhan aje yang tahu. Baca dengan tak baca sama aje. Orang kata kalau rezeki dapatlah. Kepada semua selamat menghadapi PTK. Semoga berjaya.

SALAM PERKENALAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya. alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menghasilkan blog saya sendiri. Sedikit mengenai diri saya:
Saya hanyalah seorang insan biasa, simple dan mudah memahami. Sekiranya anda ingin berkongsi kisah kehidupan bersama saya silakan. Jumpa lagi dalam kisah seterusnya.