Friday, November 30, 2012

baru dapat update

Asalam. Alhamdulillah barulah dapat nak update. Bukan apa, lap top lembab gila. Baru aje format. Barulah ok. Sambil tu nak ucapkan selamat bercuti kepada cikgu-cikgi juga kepada semua yang sedang bercuti. Selamat bercuti.

Saturday, September 1, 2012

dah hari ke berapa raya ?

Assalam. Apa khabar semua? Tak terlambat ke nak ucap selamat hari raya? Saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan semua. Lama dah tak update. Cuti raya, raya, makan kuih raya, kerja. Yang penting tarikh 11-13 September tak boleh nak lupa. Sebab apa, sebab tarikh tu Peperiksaan UPSR dijalankan. Tahun ni takde anak yang ambil pereksa tapi risau jugak pada anak-anak murid. Dah cukupke persediaan mereka. Apa-apapun doa sentiasa mengiringi semoga mereka dapat buat yang terbaik dan mendapat keputusan yang baik juga. Cerita pasal raya, tahun ni macam tahun-tahun lepas juga. Cuma baju aje yang berbeza. Sempat jugalah berposing sempena raya ni. Tengok-tengoklah gambar yang saya post sama ni.

Sunday, June 10, 2012

Hari Terakhir cuti Penggal Pertama 2012

Assalammualaikum kepada semua yang baca blog aku ni. " macamlah ada yang baca " . Dah lama tak update blog ni. bak kata orang kalau rumah dah bersawang dah. Cerita tentang cuti kali ni rasa terisilah juga sebab dapatlah balik kampung dalam seminggu. Lepastu asyik kerja makan tidur ajelah. Lepastu dapatlah juga bawa anak makan angin kat Tanjung Bidara Beach Resort yang baru dua bulan dibuka semula setelah hampir 4-5 tahun tak beroperasi. Oklah juga tempatnya. Lepastu dapatlah juga gi joging kat taman-taman di sekitar rumah ni. Esok bermulalah rutin seperti biasa. Mengajar, ambil anak, tiusyen blablabla.

Saturday, March 10, 2012

cuti pertengahan penggal 1

Yes, cuti lagi walaupun aku benar-benar cuti mulai selasa ni sebab sampai esok aku ada kelas tambahan tahun 6. Semalam aku sempat balik kampung jenguk mak dan ayah. Lama benar tak tengok muka mak dan ayah. Gembira dapat peluk mereka berdua. Lepas tu balik ke kampung isteri bawa pak mentua pulak jenguk rumah dia. Lepas tu barulah aku dapat tengok rumah sendiri. Tupun sekejap aje. Sebelum Maghrib aku dan famili berkejar ke KL semula. Gilakan aku. Tapi semua kerja settle dalam beberapa jam aje. Lepas ni nak menanda kertas-kertas penulisan pulak. Lama pulak dah tak exercise. Aku kena pastikan cutini aku dpt joging atau gi gym. Mesti.

Saturday, February 11, 2012

Alhamdulillah esok masuk minggu baru. Minggu ni rasa mcm nak pancit terlalu melelahkan. Semoga Allah berikan aku kekuatan dan semangat utk mhadapi hari2 mdtg.

Tuesday, January 24, 2012

Cuti cny

Alhamdulillah dpt cuti lebih seminggu sempena cny. Tapi tak dapat ke manapun sebab bapa mertua ada kat rumah. Dah uzur tak berapa kuat nak berjalan dan bangun sendiri. Terpaksalah duduk aje kat rumah. Kepada kawan-kawan selamat bercuti walaupun dah tinggal empat hari aje.