Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN MENJELMA SUDAH

Diam tak diam esok masuk hari ke dua kita semua berpuasa. Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana sahaja berada. Tahun ni first time berpuasa di KL. Petang tadi sempatlah jenguk bazar Ramadhan kat Desa Pandan ni. Tak selera nak beli juadah. Bukan apa dah naik muak beli lauk setiap hari. Tahun ni orang rumah dah berazam nak masak sendiri. Alhamdulillah lepas ni harap-harap tak timbul lagi masalah sakit perut. Maklumlah makanan yang kita beli di luar belum terjamin kebersihannya. Walau apapun kepada yang tak sempat memasak terpaksalah beli jugak. Tepuk dada tanya selera. Terpulang kepada tekak masing-masing.

No comments:

Post a Comment