Friday, October 21, 2011

Baru dapat berehat sikit

Hari ni rasa best sikit sebab esok Sabtu cuti. Dapatlah aku rehat kat rumah atau buat apa-apa yang patut. Sebelum ni tiap Sabtu ada aje hal kena gi sekolah, kursus dll. Ahad ni ada Hari Mesra Niaga kat sekolah aku. Dari 8 pagi sampai 5 petang. Nasiblah aku kena jaga bahagian gerai aje taklah penat sangat asyik nak jaga gerai. Tahun lepas aku berniaga air bancuh. Kalau ada kelapangan jemputlah datang ke SK Pandan Indah. Nampaknya sambutan disaat-saat akhir amat menggalakkan daripada peniaga-peniaga. Muridpun ramai jugaklah yang sibuk membeli kupon harini. Jangan hujan berpanjangan hari tu nanti sudah. Maklumlah sekarang ni musim hujan kan. Oh ya kalau sesiapa nak membeli tudung, aksesori wanita dll jemputlah ke gerai adik sayanyang turut berniaga nanti. Tolong promote aje. Kalau nak tahu barangan yang dia jual boleh cek kat Fb Pubbet Collections. Esok kalau tak hujan nak joging kata Taman Tasik Ampang dengan kayuh basikal. Hari Selasa nak balik Tampin sampai buka sekolah. Dah lama tak balik. Sebelum tu kena pergi Hari Keluarga wife kat Tiara Beach Resot. Malas nal pergi sebenarnya tapi sebab anak-anak teruja sangat nak pergi ikut ajelah. Nanti orang sibuk tanya pulak suami mana? Oklah kepada semua selamat becuti sempena Deepavali. Jangan lupa siapkan kerja. Cuti cuti jugak kerja kena siap.

2 comments:

  1. ....selamat bercuti...bestnyer dapat balik 'syurgaku' kan.....

    kite nak gi makan kepok lekor & telur penyu.....
    kali ni...'alone' ajer......

    ReplyDelete
  2. Akak balik bukan relax nak kena kemas luar dalam. Balik dengan anak-anak aje wife still kerja. Tu yang boring.

    ReplyDelete