Wednesday, June 8, 2011

Apa nak jadi manusia zaman sekarang.

Hari ni aku nak cerita pasal kes di bawah. Cerita ni aku ambil daripada blog yang aku follow. Korang baca dan fikir bagaimana seorang ibu yang juga seorang ustazah. Tak tahu ustazah sekolah biasa atau sekolah agama oleh kerana sayang sangat pada suami barunya sanggup membiarkan anak dara sendiri di rogol. Korang fikirlah ilmu apa yang dia belajar. Dont judge the book by its cover. Walaupun bukan semua tapi dah ada dah.



[HM] AMPANG: Ibu kandung dan bapa tiri seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dijadikan hamba seks bapa tirinya itu sejak Mac lalu di rumah ditahan untuk siasatan lanjut, kelmarin.

Lebih malang, siasatan awal polis mendapati ketika perbuatan terkutuk itu dilakukan, ibu kandung mangsa yang berusia 30-an ada di rumah, tetapi tidak melakukan sesuatu bagi menghalang perbuatan terkutuk suaminya itu.

Difahamkan, ibu mangsa yang juga seorang ustazah hanya mampu mendiamkan diri kerana takut dia ditinggalkan suaminya itu.

Pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah rumah di Kajang, kira-kira jam 8 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan.

2 comments:

  1. bengap betul ar ada pmpn cam ni!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana bagi komen. Jangan lupa follow saya k. Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke akhir hayat.

    ReplyDelete