Saturday, September 6, 2014

Kelas tambahan terakhir upsr 2014

Hari INI merupakan hari terakhir kelas tambahan untuk Upsr 2014. Setelah pelbagai usaha semoga membuahkan hasil yang Baik. Amin

Friday, May 9, 2014

Berdebar-debar

Hari ni keputusan upu keluar. Semoga anak akan mendapat tempat yang terbaik.

Tuesday, February 25, 2014

KERJA TAK HABIS-HABIS

Assalam semua. Kerja tak habis- habis. Ha tajuk kali ni. Memang tahun 2014 ni memang tahun kena kejar. Bukan dengan kuda tapi dengan kerja. Yang paling hebat kerja-kerja on  line. sps lah dan entah apa-apa lagi. Yang hebat lagi semua kerja ni boleh buat stres. Apa taknya banyak kes sejak akhir-akhir ni. Kat sekolah lah. Cikgu marah cikgu, cikgu marah murid, ibu bapa marah cikgu dan macam-macam lagi. Catuan air lagi ha semua ni bikin panas haha. So, cara nak atasi kena cool ok.



Gambar tak ada kena-mengena dengan artikel

Saturday, October 26, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM ANAKKU

Pada tarikh 6 hb. November 2013 bermulalah hari peperiksaan SPM di seluruh Malaysia. Antara calon-calon yang akan mengambil peperiksaan adalah anak sulung ayah Zhafiran bin Shamsol. Semoga calon-calon dapat menjawab semua soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada anak sulung ayah mendoakan semoga Yan dapat menjawab dengan tenang, baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang nanti. Semoga mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari selama ini. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar anak saya. Jasa semua hanya Allah yang dapat membalasnya. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak saya dan semua calon yang lain. Ayah dan mama sentiasa mendoakan kejayaan Yan dan adik-adik semua. Semoga anak-anak ayah akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, negara dan keluarga. Amiin.

Apa nak jadi dunia ni! Blog Informasi Terbaik !: Berzina dengan lelaki lain ketika suami di Mekah

! Blog Informasi Terbaik !: Berzina dengan lelaki lain ketika suami di Mekah: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di...

Saturday, June 15, 2013

Assalammualaikum. Ha dah lama tak jenguk kat rumah sendiri. Almaklumlah sibuk tahun ni. Pejam celik dan bulan Jun. Hari ni Hari Bapa jadi kepada semua bapa diucapkan selamat Hari Bapa. Semoga kita semua akan menjadi bapa yang terbaik untuk keluarga memasing. Gaya seorang bapa hehe.