Saturday, October 26, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM ANAKKU

Pada tarikh 6 hb. November 2013 bermulalah hari peperiksaan SPM di seluruh Malaysia. Antara calon-calon yang akan mengambil peperiksaan adalah anak sulung ayah Zhafiran bin Shamsol. Semoga calon-calon dapat menjawab semua soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada anak sulung ayah mendoakan semoga Yan dapat menjawab dengan tenang, baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang nanti. Semoga mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari selama ini. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar anak saya. Jasa semua hanya Allah yang dapat membalasnya. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak saya dan semua calon yang lain. Ayah dan mama sentiasa mendoakan kejayaan Yan dan adik-adik semua. Semoga anak-anak ayah akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, negara dan keluarga. Amiin.

Apa nak jadi dunia ni! Blog Informasi Terbaik !: Berzina dengan lelaki lain ketika suami di Mekah

! Blog Informasi Terbaik !: Berzina dengan lelaki lain ketika suami di Mekah: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di...