Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 53.

Salam 1 Malaysia. Lama tak update blog aku. Sibuk dengan tugas harian dan aktiviti lain dalam bulan Ramadhan dan menjelang Syawal. Puasa tahun ni banyak masak dari beli. Tapi bila kira-kira sama aje belanja masak sendiri dengan beli cuma puas hati sebab ikut citarasa sendiri.

Sunday, August 15, 2010

mc 2 hari

Hari Jumaat dengan Sabtu lepas aku dapat MC gara-gara gusi bengkak. Nak bercakappun susah. So aku ambil kesempatan pulang ke Tampin. Semalam Sabtu aku pulang ke Ampang semula sebab hari ni aku ada kelas tambahan. Esok dah bertugas semula. Bulan ni banyak keluar duit sebab betul kereta. Nak raya lagi. Baiklah dah buat persiapan raya sikit-sikit. Dapat bonus ke tahun ni?

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN MENJELMA SUDAH

Diam tak diam esok masuk hari ke dua kita semua berpuasa. Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana sahaja berada. Tahun ni first time berpuasa di KL. Petang tadi sempatlah jenguk bazar Ramadhan kat Desa Pandan ni. Tak selera nak beli juadah. Bukan apa dah naik muak beli lauk setiap hari. Tahun ni orang rumah dah berazam nak masak sendiri. Alhamdulillah lepas ni harap-harap tak timbul lagi masalah sakit perut. Maklumlah makanan yang kita beli di luar belum terjamin kebersihannya. Walau apapun kepada yang tak sempat memasak terpaksalah beli jugak. Tepuk dada tanya selera. Terpulang kepada tekak masing-masing.

Thursday, August 5, 2010

mesyuarat kat penjana minda

Harini ada mesyuarat kat penjana minda pasal program kelas tambahan tahun 6. Aku terlibat sama pada hari Sabtu. Takpalah berkorban untuk anak didik. Kerja kena ikhlas. Tak dapatlah balik Tampin. Ingat nak tanam pokok buah yang mak dan ayah belikan. Takpa minggu lagi satu nanti baliklah. Sabtuni sekolah ganti untuk cuti Deepavali. Layan ajelah. Siapalah kitakan.

Monday, August 2, 2010

penat +letih

Harini aku ke tandas sampai empat kali. Tak tahulah salah makan apa. Dua kali terpaksa tinggalkan kelas. Baiklah dah ok. Letih dan penat sebab perut jadi kosong. Kepada Kak Ijat tabahkan hati menghadapi dugaan. Saya sentiasa mendoakan semoga akak segera sembuh.